Sunday, November 24, 2013

Kisah Aku dan Seorang Sahabat.

Tahun 1997, aku telah bertukar ke SK Kerandang,hatiku amat berat untuk ke sekolah tersebut,tapi apa boleh buat.Aku terpaksa akur dengan arahan pertukaran ke sana,atas keperluan perkhidmatan Hari demi hari aku mula belajar menyesuaikan diri untuk bertugas dengan gembira di sekolah ini.

Lebih kurang 3 minggu aku mula mengenal dan bercakap-cakap dengan Hazami,salah seorang guru di sekolah ini.Aku agak terkejut dengan situasi beliau yang tidak dapat bergerak pantas seperti cikgu-cikgu lain.Hasil perbualan aku dengannya,dia memberitahu kisah hidupnya yang sakit,serta telah ditukarkan ke sekolah berdekatan dengan tempat tinggal atas alasan kesihatannya itu.

Menurutnya lagi sakit yang telah dihidapai itu dah lama.Katanya lagi pernah oarang ramai datang membaca yasin semasa dia sakit teruk.Beliau juga pernah dimasukkan ke wad di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),Kota Bharu dalam tempoh berbulan-bulan.Menurutnya lagi penyakit yang dihidapinya adalah penyakit"modular tumor" iaitu ketumbuhan dalam tulang belakang.Pihak doktor mahu melakukan pembedahan,tapi beliau tidak berani serta tidak mahu berbuat demikian atas alasan takut terjadi lumpuh seluruh badan!Mahu tak mahu dia terpaksa berubat secara tradisional dan sebagainya.

Cikgu Hazami diberikan mengajar subjek agak ringan sahaja, iaitu subjek pendidikan seni,sesuai pula dengan kebolehan beliau dengan bidang seni ini.Beliau juga mengajar di biliknya sahaja,di mana murid-murid yang terlibat akan datang ke biliknya bila waktu pendidkan seni ini.

Berbalik pula,kisah persahabatan aku dengannya.Hari demi hari persahabatan kami menjadi rapat,banyak cerita dan kisah kami kongsikan bersama.Berbanding dengan guru lain,bukan tidak rapat,rapat juga,tetapi dengan beliau aku lebih rapat dan serasa ada sikit keserasian.apa tidaknya hobi kami sama,iaitu memancing ikan.Pada waktu petang atau hari minggu kami sering bersama pergi memancing ikan.banyak tempat kami pergi,ada kalanya ke muara kuala Kuala Besut,Semerak,Sungai Penarik,sungai Tembila dan lain-lain lagi.Sungai di kampung aku,iaitu sungai Tok Raja.juga menjadi tumpuan kami memancing ikan Lampam Jawa.Biasanya anak lelakinya Hafiz akan dibawa bersama.Seingat aku Hafiz masa itu baru darjah 3 atau 4.

Walaupun dalam keadaan bertongkat beliau tetap berupaya memandu kereta dan kadang kala bermotorsikal.Ketabahan dan kebolehannya amat aku kagumi,beliau bukan saja panadai melukis malahan panadai dalam bidang elektrik!

Tahun 2001 menyaksikan aku telah bertukar ke SK Tempinis,atas permohonan aku.Biarpun bertukar sekolah namun persahabat aku dengan Hazami berjalan baik,Aktivit memancing berjalan baik.Yelah akau bukanlah selalu pergi memancing,hanya sekali sekala,bila ada kelapangan.Kami kadang-kadang singgah minum air dan makan roti sardin pada waktu malam di warung di Kuala Besut bila aktiviti memancing tergendala.Biasanya dialah yang akan membelanjakannya.

Beberapa tahun selepas itu mungkin disebabkan kesibukan aku dengan urusan anak aku yang mula bersekolah membataskan aku berjumpa serta berkunjung ke rumahnya.Kesibukan dengan urusan harian aku,telah menyebabkan hubungan aku dengan beliau terputus.hanya sekali sekala terjumpa di bandar Jerteh berhampiran Econ Jaya atau di lain tempat.kami hanya dapat menegur dan bertanyakan khabar yang ringkas.

Tahun berganti tahun, kami mula jarang memancing dan terjumpa lagi.Kadang ada juga aku ke rumahnya,tapi amat jarang sekali.walaupun tidak berjumpa beliau,aku tetap ingat akan diri beliau ini.Tapi entah macam mana suatu hari di tahun 2008 (kalau tak silap) aku telah singgah dan berbual-bual dengannya.Ketika ini beliau sudah tidak boleh bangun lagi dan asyik berbaring aje di atas tilam rumahnya.kami rancak berbual-bual,maklumlah sudah agak lama aku tidak berbual dengannya.aku menceritakan kisah aku pergi mencandat sotong.beliau amat seronok mendengarnya.Aku dengannya berbual dan bercerita dalam tempoh yang agak lama.bermacam cerita kami bualkan.Cukup masa aku memohon untuk balik,belaiu meminta aku mendoakan agar kesihatanya sembuh.Aku mengiyakan dan akan berbuat demikian.

Dalam seminggu lebih selepas itu aku ada memberitahu rakan yang lain agar dapat pergi menziarahi beliau,kerana kataku rakan kita itu sudah agak uzur.Mujurlah kawanku yang lain itu ada pergi menjenguknya.Tapi kata rakanku iaitu Cikgu Ishak,beliau telah tidak sedarkan diri.Selang beberapa minggu selepas itu aku menerima sms daripada Cikgu Zaki,mengatakan Hazami telahpun meninggal dunia.Hampir menitis air mataku di bilik guru,bila mendapat berita tersebut!

Tanpa membuang masa,aku dan isteri serta anakku ke rumahnya.Aku sempat melihat jenazahnya yang baru dimandikan serta hendak dikafankan.Aku mengucapkan takziah pada anak serta balunya.Pemergiannya telah meninggalkan dua orang anak,,l satu lelaki dan 1 perempuan.Hafiz anak lelakinya mempunyai rupa paras saling tak tumpah dengan arwah.

Kini,semua cerita dan kisah semasa aku bersama serta bersahabat dengan arwah menjadi suatu memori yang tidak dapat aku lupakan. Al-fatihah.

Saturday, November 23, 2013

Buah Berangan Dan Nostalgia Dalam Hidupku.




Buah berangan sebenarnya mempunyai beberapa varieti atau jenis. Di Malaysia, jarang sekali dijumpai buah berangan yang mempunyai biji/isi yang bersaiz besar, kebanyakkannya bersaiz kecil.  Antara jenis buah berangan yang terdapat di Malaysia ialah seperti berangan pulut dan beberapa sejenis lagi yang saya lupa akan namanya.

    Buah berangan adalah buahan hutan yang satu masa dulu menjadi makanan penduduk kampung aku.Masa tu kami berebut-rebut pergi mencari buah berangan yang masak dan telah gugur.Pokok berangan di kampungku dulu taklah banyak sangat.Adalah dalam tiga atau empat pokok di pinggir kampung.Masa itu kami semua pakai cari dan ambil aje buah hutan itu tanpa meminta dengan sesiapapun.Kami anggap tiada siapa yang milik,walhal berada di tanah orang,tetapi masa itu  kebanyakkan tanah dipenuhi hutan penuh dengan pokok-pokok besar.

   Aku dan ahli keluarga juga kawan-kawan akan pergi mengutip buah berangan ini yang telah masak dan gugur di bawah pokoknya yang agak besar pada masa itu.Buah berangan itu ada yang telah lerai daripada kulitnya dan ada juga yang gugur bersama kulit yang separuh terlerai daripada buahnya yang berwarna hijau muda atau hampir nak berwarna kuning.Kami kadang-kadang terpaksa menggigit buah yang masih belum terlerai itu bagi mendapatkan biji buah berangan yang berwarna perang itu.

   Biji buah berangan yang kami kutip itu akan kami bawa pulang dan dimasak secara goreng di dalam periuk buruk atau kuali bersama pasir sungai.Biji berangan ini akan masak bila kulit biji berangan telah bertukar warna agak kunnig kehitaman ataupun merekah.Apa lagi kami makanlah isi biji berangan itu yang rasanya lemak.Untuk mengeluarkan isi  daripada biji berangan ini kami memecahkan menggunakan gigi aje,tapi kena berhati-hati agar tak termakan kulit biji berangan tersebut.isi biji berangan yang masak berwarna kekuningan akan menjadi makanan sampingan pada waktu malam.Biasanya waktu itu kami sekeluarga makan semasa masih panas bersama air teh o ataupun kopi o,di bawah cahaya pelita minyak tanah.Buat pengetahuan anda semua pada masa itu kampungku  dan kampung lain masih tiada bekalan elektrik.

                                                                                                      

Jikalau kami dapat memunggut banyak biji berangan tersebut,ada juga orang kampung yang membelinya untuk dijual di pasar Jerteh.tapi pada masa itu harganya sangatlah murah,kalau tak silap akulah bagi satu cupak 50 sen sahaja! 

Kini kisah mengutio dan memunggut serta memakan biji berangan hanya tinggal kenagan saja.Bila menggingati kisah silam aku merasakan amat sayu dan sedih sekali,kerana situasi begitu tak akan berulang lagi.Kini bila aku berkunjung ke kampung lamaku.Aku lihat keadaan sekaliling sudah jauh berubah dan pokok berangan di pinggir kampung dulu sudah lama tiada,mungkin sudah lama menyembah bumi serta lenyap.Akupun sudah lama tidak memakan buahan hutan ini.Mungkin generasi kini tidak lagi kenal akan buahan hutan ini.




IKTHIAR HIDUP


 Definisi Ikhtiar Hidup

Mengikut kamus "Oxford" ikhtiar hidup atau survival ialah "the state of continuing to live or exist". Ataupun mengikut sesetengah buku memberikan maksud ikhtiar hidup atau survival ialah "the art of remaining alive andescaping from a hostile environment, without full facilities".
Selain itu ikhtiar hidup juga boleh ditakrifkan sebagai suatu keadaan gentingdalam usaha untuk terus hidup. Kesimpulannya ikhtiar idup merupakan satu ikhtiar dalam proses kelansungan hidup. Keadaan yang selalunya menyebabkan seseorang itu memerlukan teknik survival ialah apabila seseorang itu berhadapan dengan sesuatu masalah yang tidak dijangka akan berlaku dan apa akan seterusnya berlaku.

5 Asas Kemahiran Ikhtiar Hidup

Api
Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan,membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk digunakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat
"star fire" dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api,cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.

Perlindungan
Bermaksud melindungi diri daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan boleh menjadi musuh kita.Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan "SPACE BLANKET" ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba di dalam badan.


                                                                          




                                                                                      


Isyarat
Menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera,cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan seseorang itu dalam kesusahan. Kawal pembakaran daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan "EMERGENCY STROBE light" pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.


                                                                                                                                                                     

Makanan/Air


Makanan/air berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh seseorang itu digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Kita boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali meminum urin(cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Seseorang seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa mereka akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat,gula-gula) didalam poket pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu.Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman   Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika tidak pasti. Selain itu kita jugaboleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan "space blanket" atau baju hujan dengan menadahkannya di atas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.

Pertolongan Cemas.
Pertolongan cemas bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. "STOP" bermaksud Sit (duduk), Think (fikir),Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yangasas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan "medical checklist" dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecildan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan kita tahu apa yang kita ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih "muatan", bawa hanya barang yang
difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan diri supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan"hypothermia" (in english)dengan memanaskan badan dengan baju panas atau "spaceblanket".


 


Friday, November 22, 2013

Akibat Nak Cepat Senang dan Kaya.




Di saat aku memerlukan duit untuk membeli sebuah kereta,aku telah dioerkenalkan dengan pelbagai jenis skim cepat kaya.yelah semua orang nak senang dan berkereta untuk ke sana dan ke sini setiap hari.Seorang rakan sejawat telah menyarankan agar aku memasukki skim cepat kaya SF Minda dengan bayaran RM100,skim ini mejanjikan bayaran balik pulangan sebanyak RM13000.00 bila tiba masanya nanti. dan tiba tahapnya! Akupun akur dan membuat bayaran serta memasukki skim ini.

      Beberapa bulan kemudian aku mendapat bayaran honorarium sebanyak RM25,RM60 dan akhir sekali RM150.Aku cukup gembira,lantas isteri,kakak dan adikku, aku ajak menyertainya.Oleh kerana telah nampak kejayaan gengan skim SF Minda ini, aku cuba pola menyertai skim cepat kaya Dana Baraqah yang telah diperkenalkan oleh seorang rakan sejawat yaang lain tentang kebaikan pelaburan dengan dana ini.kawanku Si M juga menyertainya,kami masing-masing mengeluarkan simpanan di Tabung Haji bagi tuju an pelaburan difikirkan akan cepat mendatangkan keuntungan! kami masing-masing menyerahkan RM1360.00 sebagai pelaburan kepada seorang rakan lain yang akan ke pejabat tersebut di bandar Pasir Mas,Kelantan.menurut rakanku lagi skim ini cepat membuat bayaran balik keunyungan serta jumlahnya amat menggalakkan.Kononnya pengurusan terlibat akan membuat projek ternakan biri-biri dan kambing,serta telah memanggil MB untuk merasmikan majlis pembukaan, dan satu majlis sembahyang hajat telah dilakukan serta ada anggota pengarah!

      Hampir 2 bulan barulah aku dan rakanku mendapat bayaran keuntungan pertama berjumlah RM1288.00 tidak seperti yang telah dijanjikan mengikut tempoh matang dan jumlahnya sepatutnya RM300.00,.bayaran inipun hanya aku dapat setelah aku datang dan membuat panggilan telefon dengan pengurusnya serta sering membuat pertanyaan.Minggu berganti minggu,bulan berganti bulan,namun bayaran berikutnya kami tak terima langsung.Tiba-tiba kami mendapat berita yang 2 orang pengurus syarikat tersebut iaitu En.Zul dan Cikgu Adnan telah melarikan duit kami semua.mereka berdualah yang mengambil duit kami semua.Hancur lebur hati kami semua,ibarat "mendengar guruh di langit,air di tempayan dicurahkan",..habuk tiada.Kesian mak cik dan pak cik yang menyertai dengan harapan nak kaya dari seluruh Kelantan,Terengganu,Pahang dan lain-lain negeri.                    



         Walaupun jumlah  pelaburan itu tak sebesar mana,namun itulah jumlah agak  besar bagi kami semua waktu itu.Bayangkanlah wang itu wang simpanan potongan gaji bulanan,hilang begitu sahaja.Ramai juga yang tertipu,bukan sahaja kakitangan awam,malahan imam-imam,bilal-bilal serta masyarakat kampung.Mereka ini bukan saja dari pantai timur malahan pantai barat.

       Skim SF yang turut disertai oleh rakan,ibu serta mak sedaraku telah juga berkubur tanpa nesan.mereka ini lagi kasihan,kerana belum sempat  mendapat apa-apa bayaran pihak syarikat telah lesap,melarikan berjuta-juta ringgit bersama mereka.Mereka ini sebenarnya telah merancang dari awal lagi tentang cara mengambil deposit daripada orang ramai dengan cara menjual produk yang tak sepadan dengan harga dan menggunakan konsep akad jual beli pada resit pendaftaran.

       Begitulah kisah yang telah aku dan rakanku lalu di tahun 1997 dan 1998 dulu.Semoga dengan paparan secebis coretan ini dapat menjadi teladan dan panduan kepada semua.Inilah kata orang akibat nak cepat kaya,senang-senang duit kita masuk ke akaun dan poket orang lain.

Thursday, November 21, 2013

Kisah Kawanku Berlawan Dengan Lembaga Hitam

Di malam-malam begini,teringat aku akan kisah yang berlaku ke atas diri aku dan kawanku suatu masa dulu.Kisah ini berlaku ketka aku bertugas di SKLKTP Bukit Bading dan SK Peruh,Hulu Terengganu,Terengganu di tahun 1994.walaupun sudah lama namun kisah ini sering terkenang di hati ini..
Waktu itu aku ada beberapa orang kawan yang bertugas di SK Peroh,kebetulan aku aku juga merupakan guru beredar,jadi dua buah sekolahlah aku kena bertugaslah secara bergilir-gilir mengikut hari,

        Rumah sewa kawan-kaawanku sewa tu agak besar serta bnyak biliknya serta agak unsang.Rumah ini terletak di tepi jalan ke Felda  Jerangau atau Bukit Besi dan berhampiran dengan ladang kelapa sawit.Jadi kalau hari minggu aku tak pulang ke kampung,aku melepaklah serta tidur di rumah inilah.Rumah ini di kelilingi oleh pokok-pokok rambutan dan beberapa batang pokok lain.Ini tentunya menjadikan kawasan rumah ini agak gelap walaupun di siang hari.

         Menurut cerita kawan-kawanku beberapa kejadian aneh telah berlaku ke atas mereka,contohnya kalau mereka tidur di tiang seri rumah apada pukul 2,00 pm dan berazam nak tidur sekejap,alamak pukul 5 atau 6 pm barulah jaga dan sedar daripada tidur!Kata kawanku lagi kadang waktu malam sering berbau kemenyan dan sebagainya.Bermacam-macamlah cerita yang telah aku dengar,tapi yang peliknya aku walaupun selalu bermalam serta melepak tidak pula mengalami kejadian yang menyeramkan.

         Tapi, hendak dijadikan cerita,satu malam satu kejadian telah aku alami. ceritanya begini aku telah tidur agak awal di atas katil di sebuah bilik Zul (dari Perak) sedangkan waktu tu orang lain masih bermain daun terup.Tiba-tiba lebih kurang jam 2 pagi aku telah terjaga!alam keliling terasa amat sunyi sekali.Entah macam mana aku terdengar bunyi tapak kaki berselipar berjalan di atas atap zing betul-betul di atas bilik tidur aku.Bunyinya...tap,tap,tap,tap..begitulah bunyinya.aku seakan -akan tergaman dan rasa takut kerana selama ini aku tidak pernah mengalami situasi sebegini.Lantas aku perlahan-lahan mengejutkankawanku Zul,yang tidur di bawah sebelah katil bujang yang aku tidur itu.Aku membisik dan menceritakan tentang bunyian yang aku telah dengar itu.Zul, tiba-tiba menjerit, "Allah huakbar" berkali-kali sambil kakinya pantas menendang ke atas dan bersilat sambil baring.Aku ketika  itu,rasa nak marah pun ada dan nak ketawa pun ada, yelah di saat aku sedang ketakutan dia pula membuat bising!

          Selepas beberapa minit Zul pun sedar dan beristifar serta mengucap beberapa kali.Aku ada juga bertanya kenapa dia berbuat demikian,taoi Zul seakan tak mahu menjawap pertanyaanku.kami selepas itu tidur semula.keesokannya, barulah Zul memberitahu cerita sebenarnya.katanya selepas aku memberitahu tentang bunyi tapak kaki orang berjalan itu,dia telah melihat ada lembaga hitamterapung-apung betul-betul di atas badannya,sebab itu dia terpaksa berlawan dan menendang lembaga hitam tersebut.

          Cerita lain yang aku dengar pula kawanku yang tidur bilik sebelah telah dicampak kain selimut,ke bilik sebelah menyebab 2 kawanku Syukran dan Nuradi Amin terpaksa berebut kain selimut yang satu.kain selimut milik kseorang kawanku itu telah dicampak dan jatuh atas kelambu milik kawanku bernama Zulkifli Mohd (dari Kota Bharu).Kawanku Zulkifli ni pula mengatakan mereka berdua bermain serta bergurau melambung kain selimut pada malam tersebut.Akibat peristiwa itu Nuradi Amin (Kuala Berang guru sementara) telah demam.

           Sesungguhnya bebagai-bagai cerita dan kisah lagi aku dengar telah menimpa kawan-kawanku.tapi yang dapat aku paparkan di sini adalah kisah yang telah aku alami sendiri.kini rumah tersebut telah lama diruntuhkan,serta telah dibina rumah batu yang baharu.kami semua tidak lagi ke sana,kerana masing-masing telah bertukar ke daerah dan negeri kelahiran masing-masing.Bila mengingat kisah lama dan kenangan di sana hatiku berasa amat sayu sekali.Apa-apapun aku ucapkan selamat bertugas untuk bangsa dan negara buat kawanku semua.

Belut dan Kaedah Penangkapan

Belut
Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa.
Belut tinggal di dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.
    Bagi diriku sendiri, pengalaman menangkap ikan puyu di sawah padi, selalu aje tertangkap belut,apa lagi terkejut dan tatkutlah kami dibuatnya! apa tidaknya bentuknya sekan ular dan amat menggelikan,saya biasanya kan melepas belut itu dengan memotong tali taut tersebut.masa itu belut tak berapa digemari lagi,hanya setengah orang sahaja memakannya.saya langsung tak berminat untuk memakannya.Bukan apa,walaupun berubat,tapi tekak ku tak boleh menerima dari dulu hingga kini.




Belut yang ingin saya bincangkan dengan anda semua adalah belut air tawar.Belut air tawar ini menjadi makanan kegemaran sesetengah orang samada di restoran atau warung-warung.Resipi belut ini macam-macamlah, ada dimasak goreng,sup,rendang dan sebagainya!

       Belut ini biasanya mendiami kawasan berair samada di sawah-sawah padi,alur-alur air,kawasan bendang yang air tidak kering dan sebagainya.Belut ini biasanya berwarna hitam dan kekuningan, seklai pandang macam ular saja.Belut ini biasanya ditangkap dengan kaedah pancing,taut dan juga bubu.bagi kaedah pancing atau taut,ia menggunakan umpan cacing atau anak ikan yang akan dicucuk pada mata pancing tersebut dan ditahan di tempat yang dipercayai adanya belut.
      Kaedah kedua yang agak popular ialah dengan menggunakan bubu yang dibuat menggunakan paip PVC bersaiz 3 inci dan juga buluh.Batang paip PVC dan batang buluh ini akan dipotong sepanjang sedepa atau 1 meter dan ditutup dengan penutup yang boleh dibuka di satu penjuru dan satu penjuru lagi akan dibina dengan pintu laluan masuk yang tirus.Bagi mengumpan belut agar memasukki bubu itu,para penangkap belut akan memasukakan seekor ikan selayang yang telah direbus ke dalam bubu tersebut.Bubu-bubu yang telah siap berumpan itu akan ditahan serta direndamkan ke dalam air di kawasan yang dipercayai terdapatnya belut.rendaman itu taklah dalam sangat,lebih kurang satu kaki dan diletakkan dicelah-celah rumput atau tumbuhan air atau di tepi batas-batas sawah padi dan tali air.

Biasanya penangkap belut ini akan mula menahan bubu ini pada waktu petang dan akan datang melihat hasilnya pada pagi esoknya.Kadang kedapatan 1 atau 2 ekor belut ada masuk dalam bubu ini.Belut-belut ini akan dijual kepada pembeli yang akan datang ke rumah pencari belut ataupun akan dihantar ke kedai atau warung yang telah menempahnya.Harganya berdasarkan jumlah kilogram belut tersebut dan harga pasaran semasa, biasanya dalam RM8 hingga RM10 bagi 1 kilogram.


Wednesday, November 20, 2013

Mencari Madu Lebah


Bee on flower with full pollenForaging worker


Bila kita menyebut dan membaca berkenaan lebah,maka tergambarlah di fikiran kita akan seekor serangga seakan lalat yang agak besar, berwarna perang dan kekuningan.Ya itulah lebah.Serangga ini biasanya hidup secara berkumpulan dan makin bertambah anggota kolonialnya.Tahukah anda kenapa lebah hutan atau liar dicari oleh orang.jawapannya adalah untuk mendapatkan madu aslinya yang amat berkhasiat sekali bila kita meminumnya atau memakan bersama makanan lain.

Kita hanya biasa melihat madu ini di dalam botol,yang dijual di pasar-pasar tani,pasar minggu atau di tepi-tepi jalan dan sebgainya.tapi tahukah anda bagaimana cara untuk mendapatkan madu atau proses untuk mendapatkan madu tersebut.

Para pencari madu lebah ini akan mula mencari madu lebah di awal pagi lagi,biasanya mereka dalam kumpulan  dua orang atau tiga orang lelaki.mereka ini akan mencari di kawasan hutan kecil,kawasan kampung atau hutan dara dan lain-lain kawasan yang ada kedapatan pokok-pokok yang mengeluarkan bunga.pokok yang popular ialah pokok tembusu,pokok gelam,pokok durian dan sebgainya.







Bagi memudahkan kerja pencarian sarang lebah ini,pencari lebah ini akan mencari pokok-pokok renek yang telah berbunga dan ada terdapat beberapa ekor lebah sedang mencari dan menghisap madu dari bunga tersebut seperti pokok Semalu,Balik Angin,kmunting dan lain-lain lagi..Lebah-lebah ini apabila telah penuh muatan madu akan terbang pulang ke sarangnya1 Maka, dengan itu para pencari madu lebah akan melihat ke arah manakah lebah tersebut terbang.Di sini pencari madu lebah tersebut akan memberi fokus dan tumpuan yang penuh tajam pergerakkan lebah tersebut.Biasanya jarak dengan tempat lebah mendapatkan madu daripada bebunga itu, jaraknya tidak jauh.Jumlah sarangnya pula bergantung kepada jumlah lebah pekerja yang datang mencari madu pada bunga tersebut tadi.

Jadi, pencari madu  lebah itu akan mudah mencari di mana ada dan tempat sarang lebah tersebut ada.Lebah biasa bersarang di tempat agak tinggi dan tersorok daripada pandangan manusia.menurut pencari lebah yang saya temuramah baru-baru ini,katanya sarang lebah yang mula matang dan telah mempunyai madu berusia dalam lingkugan 3 minggu lebah itu bersarang.pencari lebah akan memanjat pokok yang mempunyai sarang dengan berhati-hati,serat memakai baju tebal untk keselamatan.daun kelapa atau pinang yang kering akan diasapkan kearah atau bawah sarang lebah bagi menghalau lebah-lebah dari sarangnya.madu lebah akan dikaut dengan baldi atau guni plastik yang sesuai.bahagian yang biasa berwarna putih itulah mengandungi banyak madu.Madu lebah asli sesunguhnya amat enak rasanya.

Jumlah kapasiti madu bergantung kepada sarang lebah itu.menurut pencari madu lebah,kadang=kadang kalau bernasib baik mereka mendapat 18 botol saiz sederhana dan kadang-kadang 2 atau 3 botol sahaja bagi satu sarang.Ini semua bergantung kepada jumlah madu yang telah disimpan oleh lebah-lebah itu.sebenarnya madu ini untuk menjadi makanan anak lebah nanti,api telah diambil oleh pencari madu lebah.sarang lebah yang telah diambil madunya akan rosak dan menyebabkan kematian ke atas anak-anak lebah yang bakal menetas nanti.harga sebotol madu lebah asli dijual dengan harga Rm30 hingga rm35 sebotol.

Tapi, lebah ini akan memperbaiki kembali sarangnya dan ada juga anak lebah dapat hidup Anak-anak lebah ini akan hidup serta membesar,menjalani kehidupan harian,sebagai meneruskan kehidupan serta kemandirian spesisnya!