Sunday, September 15, 2013

KAUM ORANG ASLI: SUKU KAUM JAKUN

Kaum oRAng asLI maLAYsia: SUKU KAUM JAKUN: JAKUN Suku Jakun atau orang Ulu merupakan  orang asli dari puak melayu proto yang terdapat di  Pahang , Johor. Mereka dikelaskan sebagai...

KAUM ORANG ASLI: SUKU KAUM TEMUAN

Kaum oRAng asLI maLAYsia: SUKU KAUM TEMUAN: TEMUAN: Suku Temuan Belandas merupakan  orang asli dari puak melayu proto yang terdapat di Pahang, Selangor  ,Negeri Sembilan dan Johor....

KAUM ORANG ASLI MALAYSIA: SUKU KAUM BATEQ

Kaum oRAng asLI maLAYsia: SUKU KAUM BATEQ: BATEQ : Suku Bateq merupakan  orang asli dari puak Negrito yang terdapat di Kelantan dan Pahang. Jumlah mereka tidak ramai, sekitar 1516 ...

Memancing Ikan Kelah - King of Fisher

Cara Memancing Ikan Kelah

Ikan Kelah - King Of The River


Apa itu Ikan Kelah?

Menurut Wikipedia: Ikan Kelah atau Mahseer adalah ikan kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar, dan merupakan ikan sukan yang digilai dan banyak terdapat di India dan secara amnya di Asia Selatan.
Ikan ini digambarkan pada asalnya oleh Hamilton pada tahun 1822, dan pertama kali disebut dalam cabaran memancing dalam Majalah Oriental Sporting pada tahun 1833, dan kemudiannya menjadi buruan kegemaran pemancing British yang menetap di India.

Spesies Golden Mahseer diketahui mencapai 2.75 meter (9 kaki) panjangnya dan 54 kilo gram (118 paun) beratnya, walaupun spesimen sebesar ini jarang dinampak pada hari ini.
Ikan Kelah mendiami di sungai serta tasik, dan naik ke anak sungai yang pantas serta dasar sungai yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja alga, krustasia, serangga, katak, dan ikan yang lain, tetapi juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas. Selain daripada ditangkap untuk sukan, ikan kelah juga merupakan sebahagian perikanan komersil di India.




Kenapa Ikan Kelah menjadi kegilaan Kaki Pancing?

Ikan kelah bukan sahaja terkenal kerana keenakan rasa dagingnya yang mempunyai tekstur yang halus malah ia sangat kuat melawan sekiranya terkena mata kail.
Justeru, kombinasi semangat juang yang tinggi apabila terkena mata kail serta isinya yang sedap menjadikannya buruan kaki pancing dan peminat ikan air tawar.
Akibat tekanan penangkapan yang melampau dan permintaan yang tinggi di pasaran ia kini diancam kepupusan.
Dikenali sebagai 'King of the River', kelah merupakan ikan yang hanya dijumpai di Asia seperti di India, Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Terdapat lebih daripada 19 spesies kelah yang terdapat di dunia dan di Malaysia hanya terdapat tiga spesies.
Kebanyakan ikan kelah yang dijumpai di Malaysia ialah kelah merah. Habitat semula jadi ikan kelah adalah di hulu sungai yang lebih 500 meter dari paras laut

Specis Ikan Kelah Di Malaysia

Berdasarkan kajian penyelidik ikan kelah setakat ini, disimpulkan terdapat 3 jenis ikan kelah di Malaysia, iaitu:
a) Tor Tambra
b) Tor Tambroides
c) Tor Duoronensis 

Ikan kelah merah di Semenanjung Malaysia khususnya di Pahang, Terengganu dan Kelantan selalu dirujuk sebagai “Tor Tambroides”.  Spesis “Tor Tambroides” yang sebenar ialah ikan kelah merah yang mempunyai lebihan cuping panjang di bawah mulutnya.

"Tor Tambroides"
Ikan Kelah Merah

Sementara di Sarawak, ikan yang dirujuk sebagai “Tor Tambroides” ialah ikan empurau. Sementara ikan semah di Sarawak (ikan rasmi negeri Sarawak) dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis” dan warnanya lebih kehijauan tua ke coklat
“Tor Duoronensis”
Ikan Kelah Hijau/Empura/Semah

Ikan kelah yang kebiruan juga biasa dirujuk sebagai dari spesis “Tor Douronensis” walaupun ianya didapati di Semenanjung Malaysia khususnya dari kawasan Endau. Ikan pelian di Sabah pula dirujuk sebagai spesis “Tor Duoronensis”.
“Tor Douronensis”
Ikan Kelah Biru

Harus juga diingat bahawa, berdasarkan rekod kajian, hanya ikan kelah dari jenis “tor tambroides” dan “tor tambra” sahaja yang boleh membesar sehingga melebihi 1 meter.

 Golden Masheer yang terdapat di India dan Thailand
Terdapat jalur belang hitam ditengah badan ikan.


Ciri-ciri Ikan Kelah

Menurutnya lagi secara logiknya, ikan kelah adalah ikan yang lasak dan lincah berenang kerana ia hidup di celah-celah batu yang mempunyai air yang laju. Ikan kelah ini boleh membesar sehingga lebih daripada 50 kilogram (kg) dan dikenali kerana memiliki bibir dan mulut yang besar.

 Ikan Kelah suka tinggal di Sungai yang bersih dan jernih serta terdapat arus  dan batu

Selain itu, ikan kelah mempunyai garisan lateral (tengah) yang jelas dilihat di tengah-tengah bahagian badan dan juga mempunyai sisik yang besar dan cantik.       
Jumlah sisik di bahagian garisan lateral (tengah) ikan dewasa kebiasaannya adalah antara 20 hingga 30 keping.

Ikan kelah juga mempunyai beberapa sirip seperti pektoral, pelvik, dorsal, anal dan sirip kaudal (ekor). Perbezaan ikan kelah dengan ikan lain ialah ia mempunyai lebihan daging di bawah dagunya.
Ikan kelah betina bertelur sepanjang tahun dan mengeluarkan telur pada musim selepas hujan di celah-celah batu atau lopak air di sekitar kawasan sungai. Kebiasaannya ia akan mengeluarkan telur secara sedikit-sedikit mengikut kematangan telur berbanding dengan ikan lain yang mengeluarkan telur secara sekali gus

Kenapa Ikan Kelah mempunyai harga yang sangat tinggi di Malaysia?
 
Amat bernilai kerana rasa yang sedap, hiasan yang cantik dan kehebatan bertarung dalam “sport fishing”. Justeru digelar sebagai “Kings Of The Rivers”, “The King Of Fish”, “The King of Freshwater Sport Fish”, “World Best Freshwater Sport Fish”, “Raja Ikan Air Tawar, “Raja Sungai”, dan “Ikan Sukan” sekali gus harganya termasuk dalam kategori “mahal“. Ringkasnya Ikan Kelah ini digilai kerana untuk tujuan Ikan Sukan, Ikan Hiasan dan Ikan Makan. Ikan Kelah juga mempunyai “Sanctuary” nya yang tersendiri di Taman – Taman Negara.

Umpan untuk menjerat Ikan Kelah.

Umpan yang popular untuk menjerat ikan Kelah ini ialah Umpan biji kepala sawit. Biji kelapa sawit diperam terlebih dahulu selama 3 hari supaya lebih berbau dan berminyak. Umpan biji sawit selalunya di cangkuk sebiji pada mata kail ataupun dihiris dan dicucuk pada mata kail.

 Biji Kelapa Sawit

Cara mencangkuk umpan sawit pada matakail



Selain itu, buah ara masak yang tumbuh liar di hutan juga menjadi umpan kegemaran ikan Kelah.



Buah Ara

Set Memancing utuk Ikan Kelah.

        Ikan Kelah merupakan ikan sungai yang mampu memberi tentangan hebat pada memancing. Oleh itu set memancing memainkan peranan penting untuk menjamin kejayaan. Rod yang berkekuatan hingga 20lb digandingkan bersama kekili 2000-4000 siries amat sesuai di gunakan. Tali 12-30lb juga sesuai untuk digunakan. Ketika memancing ikan kelah, pastikan set memancing diikat rapi dengan tali kerana berlaku beberapa kali kes dimana set memancing terbang ke dalam sungai angkara ikan Kelah.

Perbezaan ikan Kelah dan Tengas/Kejor

Tengas dan kejor (panggilan tempatan) ialah 2 spesis ikan yang hampir menyamai ikan kelah. Jika diimbas sekali, kelihatan ikan Tengas dan Kejor amat menyerupai ikan Kelah. Jika tidak mahir, anda boleh terkeliru antara kelah dan tengas/kejor. Nama saintifik ikan tengas ialah “Neolissochilus Hexagonolepis”. Ikan tengas ini juga biasa dipanggil sebagai “tengas batu”. Sementara ikan kejor ialah “Neolissochilus Soroides”.  Ikan tengas daun pula diklasifikasikan sebagai ” Poropuntius Smedleyi”.

       Sebenarnya, apabila disebut “ikan kelah” memang merujuk “ikan kelah merah” yang taburannya di sekitar Pahang, Terengganu dan Kelantan. Sementara “ikan kelah biru” jarang ditemui dan secara geografi, taburannya biasa di kawasan Endau-Rompin. Sementara “ikan kelah hijau” adalah panggilan nama yang diguna-pakai oleh orang orang Cina (peminat dan penternak) untuk merujuk sebenarnya kepada “ikan tengas”, iaitu satu spesis yang mirip mirip kelah, dan juga dipanggil sebagai “false mahseer”. Oleh itu jangan mudah tertipu semasa membeli ikan Kelah kerana terdapat  peniaga yang menipu pembeli dengan menawarkan ikan Tengas/Kejor dengan harga setinggi Ikan Kelah kerana kedua ikan ini kelihatan sama dan sukar dibezakan.

 Ikan di atas: Ikan Kelah @ Masheer
Ikan di bawah: Ikan Tengas @ Neolissochilus Hexagonolepis

 Bulatan merah menunjukkan perbezaan bibir ikan Ikan Kelah dan Ikan Tengas
Ikan yang dalam bulatan merah ialah ikan Kelah
  
       Di Malaysia, Ikan Kelah mula menujukkan tanda kepupusannya. Ini kerana isinya sedap dan berharga mahal telah menjadikan permintaan terhadap Ikan Kelah terlalu tinggi. Kepupusannya bukanlah di sebabkan oleh pemancing. Saya berpendapat aktiviti memancing bukan faktor kepupusan ikan ini, tetapi segolongan manusia yang tamak untuk mengaut keuntungan cepat. Penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom Ikan merupakan salah satu punca ikan ini mengalami kepupusan. Telah beberapa kali ketika kunjungan saya ke Taman Negara Pahang, saya mendapati penggunaan teknik terlarang ini oleh  orang yang tidak bertangungjawab di sungai yang didiami oleh specis Ikan Kelah ini semata-mata untuk membekal ikan ini kepada peraih di pasar. Kemudian anak-anak ikan Kelah juga ditangkap untuk dibekalkan kepada pengusaha kedai aquarium untuk dijadikan ikan hiasan. Walaupun pihak Taman Negara melarang keras penggunaan jaring ,renjatan electric dan Bom Ikan di sungai yang berada di Taman Negara, orang-orang yang tidak bertanggungjawap ini masih licik hingga jaring dan bom ikan masih terlepas dan masih digunakan. Kemudian akibat kekurangan & kepupusan ikan ini para pemancing pula yang dipersalahkan.

     Faktor pencemaran sungai juga merupakan faktor utama kepupusan ikan ini yang hanya tinggal di dalam sungai yang jernih dan bersih. Walaupun terdapat pemancing yang mengamalkan konsep Catch & Release, adakah usaha murni ini memberi satu perubahan tentang populasi Ikan ini. Tepuk dada tanya selera. Hanya kita mampu merubah supaya anak dan cucu kita dapat memancing salah satu ikan air tawar terhebat di Malaysia ini



BURUNG SINTAQ masuk bubu di Kg. Jelempok,Arau,Perlis.

Nature Trees And Birds - White-breasted Waterhen & Pheasant-tailed Jacana

Saturday, September 14, 2013

Masyarakat Jakun dan Jerat


  • Foto
    Jerat Cenanggong
  • Foto
    Jerat Pelantik (atas) dan Jerat Kumbang Berayun.
Tanpa senapang, kaum Jakun Kampung Peta di Mersing, Johor hanya gunakan kaedah tradisional untuk memerangkap burung hinggalah gajah, mamalia terbesar di darat yang digelar mereka'orang kuat'

BERBANDING masyarakat pribumi di pedalaman Sarawak yang rata-rata memiliki dan menggunakan senapang untuk berburu atau menjaga kebun mereka, lain pula ceritanya bagi masyarakat Orang Asli di Semenanjung yang kebanyakannya masih bergantung kepada kaedah tradisional.
Mereka tidak memiliki senapang untuk menangkap binatang sama ada bagi dijadikan makanan atau mencegah hasil tanaman dirosakkan, terutama pada musim buah-buahan, sebaliknya lebih banyak bergantung kepada kaedah tradisi, iaitu jerat.
Setidak-tidaknya itu cara berburu diamalkan kaum Jakun di Kampung Peta, Taman Negara Endau-Rompin, Johor yang masih bergantung harap kepada tradisi nenek moyang, cuma ketika ini kaedah itu tidak begitu dipraktikkan berbanding 50 tahun lalu. 

Jika ke perkampungan kecil terletak paling jauh di kawasan Kahang, sempadan daerah Mersing dan Kluang itu, anda pasti tertarik dengan sembilan jenis jerat atau perangkap binatang warisan keturunan kampung berkenaan yang sehingga kini kekal dipulihara. 

Setiap perangkap dipasang mengikut musim atau keperluan, misalnya Jerat Gau dipasang khas untuk menangkap monyet terutama ketika buah-buahan sedang masak. Ia diletakkan di atas pokok yang sering menjadi laluan kumpulan monyet. 

Jerat Gau menggunakan sebatang kayu panjang bersambung yang dijadikan ‘laluan selamat’ monyet manakala laluan sekitarnya akan ditutup dengan rimbunan daun dan dahan kecil bertujuan memastikan monyet tidak menggunakan laluan lain. 
Tidak menggunakan umpan, jerat itu akan memerangkap monyet yang melalui laluan tengah berbentuk seakan-akan kepak rama-rama menghubungkan dua batang kayu laluan utama kerana di situlah jerat rotan dipasang.

Tali jerat akan terjatuh apabila monyet menghulurkan kepala untuk melintasinya kerana tanpa disedari binatang itu sebenarnya sudah pun menyentuh ‘suis’ tali kecil di muka jerat. 

Penduduk kampung berkenaan, Awang Kuli, 51, berkata biasanya monyet yang terkena jerat di leher akan terus mati dan jika terkena pada pinggang haiwan itu pula, ia boleh patah disebabkan beban berat kayu penarik jerat.

Katanya, jerat Kumbang Berayun juga digunakan untuk menangkap monyet dan konsepnya seakan-akan sama dengan Jerat Gau, cuma berbeza pada bentuk tali jeratnya yang bulat dan lebih kecil. 

“Masyarakat dulu biasanya tinggal jauh di pedalaman, cuma tiga atau empat keluarga dan mudah jadi mangsa serangan harimau, jadi mereka cipta jerat Penjara menggunakan umpan anjing dalam sangkar. 

“Harimau cukup tertarik dan marah bila dengar salakan anjing dan sebab itulah anjing dijadikan umpan, tetapi haiwan itu akan selamat daripada harimau kerana berada dalam sangkar kecil yang dipasang dalam sangkar utama,” jelasnya. 

Jerat Penjara berbentuk empat segi dibina setinggi lelaki dewasa dan lebarnya boleh memuatkan seekor harimau dewasa berusia puluhan tahun. Ia mempunyai pintu masuk dipasang tali kecil yang akan menjatuhkan pintu perangkap sebaik sasaran masuk dan cuba membaham umpan. 

Jika harimau terperangkap, Orang Asli akan membunuhnya beramai ramai menggunakan lembing yang direjam di celah dinding kayu jerat yang mungkin bagi sesetengah orang, cara itu agak kejam.

Bagaimanapun, satu lagi jenis jerat dipanggil Pelantik sebenarnya lebih ganas dan boleh membunuh binatang dengan hanya satu hentakan lembing dipasang padanya. Jika gajah boleh mati terkena tusukan kuat lembing, pasti haiwan kecil lain seperti harimau, babi dan pelanduk lebih mudah untuk dibunuh.

Dalam kata mudah, Pelantik umpama pelancar lembing yang sebenarnya digunakan bagi tujuan kawalan kampung kerana ia kerap dipasang di sekitar kediaman yang sering diancam harimau dan gajah.

Pelantik juga direka untuk membentuk ‘laluan khas’ bagi memastikan binatang terperangkap, tapi binaannya lebih tegap dan banyak menggunakan pokok hidup sebagai tiang pelancar lembing yang diikat tali bagi memastikan binatang terkena tusukan tidak melarikan diri.

Di bahagian depan laluan binatang, Orang Asli akan memasang kayu penahan kukuh bagi memastikan haiwan sasaran terus terperangkap sebaik terkena panahan lembing. Jika tidak dipasang penahan, mungkin haiwan sekadar jatuh dan masih boleh melarikan diri. 

“Zaman dulu, kami gunakan buluh tajam sebagai senjata kerana ia lebih bisa daripada lembing. Binatang juga biasanya tidak mengesyaki buluh itu adalah perangkap berbanding jika kita guna senjata daripada besi,” katanya.

Jerat untuk menangkap tikus dan tupai pula lebih ringkas, hanya memerlukan sebatang rotan yang bertindak sebagai joran untuk menarik jerat. Ia digelar Cenangong dan menggunakan umpan seperti jagung dan ubi yang dipasang pada laluan haiwan kecil itu.

Sebaik tupai menarik umpan, tali kecil terlepas daripada penahan kecil lalu membidas dan menjerat. Namun, jika tali jerat terkena pada kaki atau ekor tupai, haiwan itu biasanya akan menggigit tali rotan hingga putus dan kerana itu, kini Orang Asli menggantikannya dengan tali dawai. 

INFO: Jenis jerat digunakan Jakun Kampung Peta
  • Leher.
  • Penjara.
  • Gau.
  • Kaki.
  • Perangkap Pelanduk.
  • Kumbang Berayun.
  • Pentu.
  • Pelantik.
  • Cenangong.

    Jerat Pentu
  • Sejenis perangkap burung.
  • Dipasang pada musim panas antara Jun hingga Ogos.
  • Dipasang di tempat mandian burung seperti sungai, paya dan lopak.
  • Berbentuk seperti tali ampaian pakaian. 
  • Tali diperbuat daripada rotan kecil dan disambung kepada tali halus untuk ditarik pemburu.
  • Apabila burung bertenggek atau berjemur atas rotan, pemburu akan menarik tali lalu membidas.
  • Keupayaan rotan yang boleh membidas sebanyak tiga kali dengan kuat boleh memerangkap burung.
  • Burung akan patah kepak, putus kepala, cedera atau tidak boleh terbang. 
  • Pemburu akan menyorok di dalam semak kira-kira 10 meter daripada jerat. 

    Jerat Kaki
  • Menangkap pelanduk dan burung.
  • Tidak menggunakan umpan.
  • Berbentuk seperti joran dan mempunyai tali panjang.
  • Biasa dipasang di tempat makan ayam hutan berdasarkan kesan tapak kaki.
  • Bila binatang terpijak jerat, tali joran akan membidas lalu menjerat kaki.
  • Binatang biasanya akan hidup selepas dijerat.
  • Pemburu akan memeriksa jerat dua hari sekali.

    Jerat Pelanduk
  • Berbentuk seperti serkap ayam tetapi panjang.
  • Menggunakan kayu panjang diikat rapi dan dibentuk separuh bulat. 
  • Menggunakan umpan daun Udai (makanan pelanduk).
  • Umpan diikat tali yang akan menjatuhkan kayu penahan apabila ditarik. 
  • Daun duri dijadikan atap jerat bagi mengelak pelanduk mati kesejukan jika hujan.

    Jerat Leher
  • Perangkap musang, pelanduk dan napuh.
  • Menggunakan konsep joran sebagai pembidas tali jerat.
  • Dipasang di denai haiwan, tepi paya, sungai atau laluan sumber air.
  • Sekeliling jerat akan ditutup dengan daun dan hanya laluan jerat dibiarkan terang. 
  • Pemburu akan memeriksa jerat setiap pagi.