Wednesday, September 4, 2013

BM Sintaksis

1.Pengenalan
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.
n  Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.
n  Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.
n  Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

AYAT
KLAUSA
FRASA
KATA

1.1 Definisi ayat :
n  Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.
n  Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

1.2 Binaan ayat
n  Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu binaan atau konstruksi.
n  Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau konstituen.
n  Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat

1.3 Subjek dan predikat
n  Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang diterangkan.
n  Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan menjadi unsur yang menerangkan subjek.
n  Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri  daripada frasa nama. Ayat berikut salah dari segi binaan subjeknya.
n  Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

1.4 Pola ayat dasar
n  Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.
n  Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.
n  Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan sebagainya.
n  Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

Pola Ayat Dasar
Frasa Nama (FN)
Frasa Nama (FN)
Frasa Nama (FN)
Frasa Kerja (FK)
Frasa Nama (FN)
Frasa Adjektif (FA)
Frasa Nama (FN)
Frasa Sendi Nama (FSN)
Pola
Subjek
Predikat
Pola 1
(frasa nama)
Ahmad
(frasa nama)
guru
Pola 2
(frasa nama)
Padi
(frasa kerja)
menguning
Pola 3
(frasa nama)
Kanak-kanak
(frasa adjektif)
nakal
Pola4
(frasa nama)
Pejabatnya
(frasa sendi nama)
di atas


Contoh pola ayat dasar





  1.5 Frasa
Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas. Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan. Tetapi frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih.
Sebagai contohnya, Kambing.

FRASA NAMA
Kambing
Seekor kambing
Seekor kambing jantan
Seekor anak kambing jantan

      Manakala menurut Asraf (2008), frasa  ialah sepatah kata atau lebih daripada sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS).
      Melalui buku-buku tatabahasa lama frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberi istilah rangkai kata dengan pengertian bahawa frasa itu merupakan suatu rangkaian beberapa patah kata.
      Tetapi berdasarkan konsep sekarang, ada frasa yang boleh terdiri daripada sepatah kata saja dengan tugasnya sebagai subjek, atau predikat, atau objek, dan ada pula tidak boleh terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok frasa itu menurut kelasnya masing-masing.

Menangani Kemelut Kenaikan Harga Barang dan Perkhidmatan

Sekarang ini rata-rata orang mengeluh pasal kenaikan barang-barang dan harga perkhidmatan lain.Semalam kita dikejutkan lagi dengan berita kenaikan harga minyak RON95 sebanyak 30 sen seliter.Berbagai keluhan dan rungutan kita dengari.Tak kurang juga yang menerima dengan biasa berita kenaikan harga minyak ini.Sesungguhnya kenaikan harga petrol ini akan membuatkan kenaikan barangan serta perkhidmatan yang lain!

Bagi kakitangan kerajaan dan swasta yang telah menerima sikit kenaikan gaji atau elaun dan lain-lain,tak mengapa.Bagaimana pula dengan nasib dan keadaan golongan yang berpendapatan kecil,seperti kaum petani kampung,nelayan sara diri,pekebun kecil,pesawah dan lain-lain pekerja yang tak punyai pendapatan tinggi serta tak menentu.Sungguh kasihan dengan nasib dan keadaan hidup mereka. Sudahlah dibebani dengan kesusahan hidup,ditambah pula dengan kenaikan harga barang dan petrol pula.Cubalah kita semua renungi nasib serta keadaan hidup mereka.

Apabila berlaku sesuatu kenaikan harga barangan atau perkhidmatan,maka golongan berpendapatan sederhana dan rendahlah yang menanggung bebanannya.Bagi golongan berada dan pihak atasan,bagi mereka tiada kesan langsung! Sikitpun mereka tak merasa hairan,dengan situasi kenaikan ini.bagi mereka biasa saja,bak kata orang hanya di celah kuku aje.Sebab mereka punyai harta dan pendapatan yang tinggi yang bisa menangani kenaikan yang agak sedikit bagi mereka.

Di warung-warung kopi,kedengaran keluhan golongan yang tak berpuas hati dengan kenaikan harga ini.Apa boleh buat,kita tidak boleh mengawal kenaikan tiap harga barangan keperluan.Kepada golongan yang berpendapatan randah dan tak menentu,anda silalah membuat perancangan sebelum membuat apa-apa belian.Belilah apa yang perlu saja.Senaraikanlah barangan yang perlu dan penting untuk anda beli.elakkan membeli barangan yang tak penting dan mewah dalam hidup anda!

Rancangkanlah perjalanan anda setiap hari.jangan banyak keluar dari kawasan rumah dengan menggunakan kereta.pastikan anda perlu untuk keluar untuk perkara yang penting saja seperti membeli barangan dapur,mengambil anak sekolah,menziarahi keluarga dan lain-lain yang penting sahaja.Elakaan meronda dan bersiar-siar ke tempat yang tak penting dan membuang masa saja.

Bagi yang punyai sedikit tanah kawasan rumah,anda boleh berkebun.tanamlah serba sedikit tanaman yang perlu untuk dapur anda,seperti halia,serai,pandan,lada kecil,pokok kari dan lain-lain lagi.dengannya benda-benda ini sekurang-kurangnya jimatlah sedikit wang dapur.Anda tak perlu beli barangan yang sudah ada di kawasan rumah anda.

lain daripada itu belajarlah menabung serba sedikit.Simpanlah wang siling yang lebih ke dalam tabung, moga-moga boleh digunakan pada suatu masa akan datang.

Selamat mencuba.

Friday, August 30, 2013

SEJARAH 3103.Definisi,ciri-ciri guru sejarah yang efektif dan cara memupuk semangat patriotime di kalangan murid.

Pendahuluan
Sudah terhantuk baru tengadah” begitulah bunyi pepatah yang sering diungkapkan apabila kita sedar daripada kesilapan yang dilakukan. Selagi tidak terhantuk, selagi itulah kita alpa dan berasa selesa dengan situasi semasa, tanpa beringat akan pengalaman lepas atau pengalaman individu lain.
Di sinilah letaknya fungsi sejarah. Namun, kebanyakan daripada masyarakat hari ini tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah di sekolah, apatah lagi generasi muda yang mula melabel subjek ini sebagai tiada nilai ekonominya.
Dalam perkembangan globalisasi yang berteraskan liberalisasi ekonomi, generasi muda semakin khayal dengan keseronokan teknologi. Dengan alasan gaya hidup terkini, mereka tidak lagi memandang pada mata pelajaran Sejarah. Sebaliknya, melihat mata pelajaran berteras Sains dan Matematik seperti Fizik, Biologi, Kimia, Matematik tambahan, kejuruteraan, dan Perakaunan, berupaya menjamin masa depan kerjaya mereka.
Kepesatan perkembangan teknologi yang sememangnya diakui bercambah seiring perkembangan ilmu sains dan matematik telah menutup mata sebahagian masyarakat terhadap mata pelajaran kemanusiaan seperti Geografi dan Sejarah khususnya.
Mereka melihat pembangunan tamadun Barat berkembang pesat dimangkin oleh ilmu sains semata-mata. Oleh itu, untuk mencapai taraf pembangunan yang sama, masyarakat di sini juga perlu menguasai ilmu sains. Hal ini memang tidak dapat dinafikan ada relevannya. Namun, kehebatan sesebuah tamadun bukanlah terletak pada pencapaian gemilang ilmu sains sahaja. Sebaliknya, ia perlu diimbangi dengan keutuhan jati diri rakyat yang datangnya daripada ilmu kemanusiaan.
Kita sering membuat perbandingan tentang betapa indahnya kota cinta Paris, hebatnya teknologi penyiasatan CSI di New York, dan kecanggihan sistem pengangkutan awam di kota London. Kemudian kita persoalkan kenapa ia tidak berlaku di negara kita? Ditambah lagi persoalan, walaupun mereka hebat berteknologi, namun masyarakatnya punya jati diri yang utuh. Perlu diingat mereka ini pewaris bangsa penjajah. Ketamadunan mereka dibina dengan “keserasian” ilmu sains dan ilmu kemanusiaan juga. Teori-teori ilmu kemanusiaan dan sains sosial berkembang di negara mereka. Lantas kita di sini juga menghantar para pelajar mempelajari pengalaman mereka.
Barat dapat diperhatikan perkembangan kedua-dua bidang ilmu, iaitu sains dan kemanusiaan. Hal ini bagi mereka penting kerana proses pembinaan jati diri sebagai rakyat perlu diimbangi. Maka tidak hairanlah, dalam sistem pendidikan mereka mata pelajaran Geografi dan Sejarah menjadi keutamaan bermula di peringkat rendah lagi.
Hal ini demikian kerana menurut mereka bagi melahirkan generasi yang bangga dengan negaranya, mereka perlu didedahkan dengan keagungan tamadun bangsa mereka yang diwarisi zaman-berzaman. Mereka juga didedahkan dengan dunia luar di peringkat sekolah rendah lagi. Mereka perlu menjadi pewaris bangsa penjajah juga, tetapi dalam konteks dunia yang baharu, iaitu globalisasi.
Persoalannya, di manakah mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan kita? Sementelahan kita asyik mempersoalkan generasi muda merupakan pewaris generasi masa depan negara. Kita perlukan perubahan minda dalam kalangan masyarakat tentang mata pelajaran Sejarah.
Memang tidak dapat dinafikan, proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah bermula di peringkat sekolah rendah lagi, iaitu menerusi subjek Kajian Tempatan kepada para pelajar di tahap dua (tahun 4 hingga 6). Kemudian, di peringkat menengah diteruskan dengan mata pelajaran Sejarah dari tingkatan satu hingga lima. Di peringkat rendah, para pelajar didedahkan dengan konsep asas sejarah, bermula yang dekat dengan diri mereka, keluarga, masyarakat, kawasan setempat dan peristiwa penting sejarah negara. Di peringkat sekolah menengah pula, mereka mempelajari sejarah politik, ekonomi dan sosial negara berlatar belakang zaman prasejarah, Kesultanan Melayu Melaka, penjajahan, perang dunia, prakemerdekaan, sehinggalah negara mencapai kemakmuran pada hari ini. Jika dilihat secara kasar, kurikulum sejarah itu amat tuntas dan holistik sifatnya. Namun di manakah kecacatan yang menjadi punca pengabaian mata pelajaran sejarah ini? Adakah guru yang kurang kemahiran “dipaksa” mengajar sejarah atau pun penggubalan kurikulum itu kurang menarik perhatian pelajar? Sememangnya persoalan ini kritis untuk dijawab. Pakar pedagogi dan mereka yang terlibat dengan pembinaan kurikulum ini sahaja yang boleh merungkaikannya. Tetapi, itu persoalan yang terus berlaku dan akan terus berlaku, selagi kesan pembinaan generasi yang prihatin sejarah tidak dapat dilahirkan.
Anjakan paradigma masyarakat tentang kepentingan ilmu sejarah perlu dilakukan. Sejarah bukanlah suatu mata pelajaran yang bersifat metafora, sebaliknya berdiri di atas fakta yang kukuh. Setiap perkara yang berlaku sama ada berkaitan dengan diri sendiri, masyarakat atau negara, perlu disedari ada kaitan dengan sejarah. Sekurang-kurangnya kita pernah berkata, “tidak ingatkah apa yang telah berlaku dahulu”. Hal ini merujuk kepada peristiwa yang pernah berlaku sebelum ini. Ini juga suatu disiplin dalam sejarah. Masyarakat perlu ada kefahaman bahawa Sejarah itu bukanlah suatu mata pelajaran yang perlu menghafal semata-mata tentang sesuatu peristiwa. Sebaliknya, jika ditelusuri banyak kemahiran yang cuba digarap melalui pembelajaran mata pelajaran Sejarah. Para pelajar diajar tentang kemahiran Kajian Masa Depan. Melalui kemahiran ini, para pelajar dilatih menggunakan fakta yang sedia ada untuk meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. Selain itu, semangat ingin tahu disemaikan ke dalam jiwa pelajar. Mereka dididik dengan kemahiran Inkuiri Penemuan. Kemahiran ini penting bagi melahirkan insan pelajar yang sentiasa mempersoalkan fakta yang diperoleh, lantas mereka mencari kebenaran ke atas fakta tersebut. Ini merupakan sebahagian daripada penerapan yang ada dalam mata pelajaran sejarah yang mungkin tidak disedari oleh para ibu bapa.
Kita tidak mahu generasi muda pada hari ini terus alpa dengan kemodenan yang dicanang oleh liberalisasi ekonomi. Secara tidak sedar, kita mungkin dijajah kembali dalam bentuk yang baharu. Musuh dalam selimut, atau gunting dalam lipatan begitulah boleh diibaratkan kepada perkembangan teknologi moden seperti Internet dan 3G, sekiranya rakyat tiada jati diri yang kukuh. Janganlah kita menjadi seperti kata pepatah “yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran.” Pembinaan jati diri ini hanya dapat dipupuk melalui kesedaran terhadap kepayahan generasi terdahulu membina sebuah negara bangsa. Mata pelajaran Sejarah merupakan faktor penting dalam mencapai usaha tersebut.

http://www.utusan.com.my/pix/2008/0114/Utusan_Malaysia/Rencana/re_01_big.jpg




























1.0. CIRI-CIRI GURU SEJARAH YANG EFEKTIF DAN PERANAN GURU DALAM BILIK DARJAH
Menurut Yaakub Isa (1994), guru yang baik. Mampu mengajar atau mendidik dengan baik lalu pendidikannya menjadi berkesan sementara objektif pengajarannya tercapai.
Menurut Michael Marland, seorang guru dapat dikatakan efektif apabila ia memiliki sikap tajam perhatian dan pantang menyerah, penjelasannya mudah difahami oleh murid-murid
Menurut Ryans (1964) guru yang efektif ialah guru yang memiliki ciri-ciri peribadi berikut:-
1. Bersikap adil dan tidak memilih kasih.
2. Bertimbang rasa dan baik hati.
3. Bertanggungjawab dan suka menolong individu yang lain.
4. Tenang dan stabil emosinya.
5. Mudah dihampiri, berpatutan dan berupaya untuk berjenaka.
6. Berpersonaliti dinamik iaitu menarik, tangkas dan mampu menghidupkan suasana kelas.
7. Bersabar.
8. Mempunyai imaginasi yang tinggi yang membolehkannya memberikan pelbagai jenis contoh yang mampu membantu para pelajarnya memahami sesuatu perkara dengan cepat dan mudah.
9. Mempunyai kecerdasan yang tinggi yang membolehkannya memahami serta mengajar sesuatu dari sudut pandangna yang luas.
10. Bersuara lantang, dan bertingkahlaku yang sopan.
11. Bersikap terbuka, jujur dan ikhlas.
12. Bersikap tegas bagi membolehkan pengajaran-pengajaran dapat berjalan dengan baik.
13. Berdedikasi dan rajin.
14. Mementingkan ketepatan masa.
15. Sedia membrirkan galakan dan pujian.
16. Bersikap demokratik.

17. Bersifat ingin belajar. 

Thursday, August 29, 2013

BMM 3109 Morfologi

Pengenalan.
amMorfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata yang dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa, sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan sama ada bentuk atau fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama. Morfologi bahasa Melayu ialah bidang yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata dalam bahasa Melayu.
  Menurut Nik Safiah Kari(1996), morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Manakala pendapat Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam (1995), morfologi ialah satu bidang dalam kajian bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara-cara pembentukannya.
  Marzukhi Nyak Abdullah dan Samsuri Yaacob pula menyatakan morfologi ialah kajian tentang struktur dalaman kata-kata atau bentuk-bentuk kata dan bidang ilmu bahasa yang membicarakan atau mempelajari selok-belok struktur kata serta pengaruh perubahan-perubahan struktur kata terhadap golongan dan erti kata.
  Unit-unit tatabahasa yang menjadi unsur perkataan disebut morfem. Morfem ialah unit terkecil dalam bahasa yang berfungsi gramatis atau yang menjalankan tugas nahu. Perkataan ialah bentuk bahasa yang terkecil juga, tetapi mengandungi makna yang lengkap dan dapat berdiri sendiri dalam ayat.
   Sesuatu perkataan itu dibentuk daripada satu morfem atau lebih. Perkataan ajar contohnya terdiri daripada satu morfem, tetapi perkataan mengajar pula mengandungi dua morfem iaitu meng- dan ajar. Ada perkataan yang mempunyai tiga morfem, misalnya ber + kaki + kan; dan ada yang mempunyai empat morfem, misalnya ber+g+em+uruh+an, iaitu ber-, guruh, -em- dan –an. Morfem boleh bersifat bebas ataupun terikat. Morfem bebas ialah morfem yang dapat wujud bersendirian. Sebaliknya morfem terikat ialah morfem yang hanya wujud bersama-sama morfem lain. Contohnya perkataan sekolah dan laut ialah morfem bebas, tetapi imbuhan ber- dalam bersekolah dan –an dalam lautan ialah morfem yang terikat oleh sebab unit-unit itu tidak boleh wujud tanpa kata dasar.
      Daripada contoh-contoh tadi jelas terdapat perbezaan antara morfem dengan perkataan. Perkataan ialah bentuk bebas, yang bermakna, dan dapat berdiri sendiri, misalnya rumah, sekolah, ajaran dan pengundi. Perbezaan antara perkataan dengan morfem terletak pada sifat bebasnya. Sebagaimana yang telah disebutkan, ada morfem yang bebas dan ada morfem terikat, tetapi semua perkataan bersifat bebas, yakni dapat berdiri sendiri. Rumah, sekolah, ajar, dan undi adalah contoh bentuk-bentuk yang bebas kerana masing-masing mengandungi makna secara sendiri manakala –an dalam ajaran dan peng- dalam pengundi akan hanya mempunyai makna dan fungsi apabila ditambah pada bentuk-bentuk bebas yang tertentu. Oleh itu bentuk-bentuk bebas seperti rumah, sekolah, ajar, undi, ajaran dan pengundi ialah contoh-contoh perkataan dalam bahasa Melayu yang mengandungi morfem-morfem berikut : rumah, sekolah, ajar, undi, -an, dan peng-. Jelas di sini bahawa perkataan-perkataan terdiri daripada morfem, tetapi tidak semua terdiri daripada morfem itu perkataan.

     Kesimpulannya dapatlah dikatakan bahawa proses pembentukan kata dalam sesuatu bahasa ialah proses penyusunan morfem menurut peraturan sistem morfologi bahasa itu. Dalam kebanyakan bahasa proses pembentukan perkataan melibatkan pengimbuhan. 

Wednesday, August 21, 2013

BMM 3107 LINGUISTIK






PENGANTAR LINGUISTIK BAHASA MELAYU
PENGENALAN ILMU LINGUISTIK
Bidang linguistik merupakan bidang yang telah lama dikaji oleh pengkaji bahasa di Malaysia dan serata dunia. Pengkajian bidang ini adalah penting sejak dahulu hingga kini. Tidak hairanlah, subjek ini diajar di peringkat  tinggi seperti di institusi pengajian tinggi, institut perguruan, hingga ke peringkat yang lebih rendah, iaitu di sekolah-sekolah. Jelasnya, subjek ini terus menjadi penting, walaupun negara telah menuju ke arah globalisasi yang menjadikan teknologi sebagai fokus utama. Walaupun pada masa ini, bidang teknologi diberi perhatian oleh kerajaan, namun ilmu linguistik terus diberi perhatian untuk mengimbangi keperluan rohaniah di kalangan rakyat.
         Berdasarkan kepentingan yang telah disebutkan, dalam topik permulaan ini, pelajar akan didedahkan kepada definisi, latar belakang, bidang dan cabang ilmu linguistik. Kesemua subbidang ini akan disentuh  memandangkan kepentingannya dalam memberi gambaran kasar terhadap ilmu linguistik sebelum kita  mendalami bidang ini dengan mempelajari topik-topik yang seterusnya.
           Selain itu, walaupun subjek pengantar linguistik lebih kepada teori, namunsubjek ini mempunyai cabarannya tersendiri. Sebagai contoh, melalui pembacaannyasahaja memerlukan daya penumpuan yang tinggiserta daya pemahaman yang kritis.Hal ini kerana linguistik mengkaji bahasa secara mendalam sehingga perlu meneroka susur galur linguistik itu sendiri. 
           Kesimpulannya, ilmu linguistik adalah ilmu yang mengkaji secara saintifik.Maksudnya, ilmu yang mengkaji dan menganalisis satu-satu bahasa tertentu secaraemprikal dan objektif, iaitu mengkaji bahasa itu seperti benar-benar wujud tanpadipengaruhi oleh agak-agakan ramalan, sentimen atau falsafah. Menerusi tugasan ini juga pelajar dapat meninggikan daya inkuiri untuk mengetahui bahasa secara lebihmendalam. Akhir sekali, tugasan ini menepati bidang-bidang linguistik seperti bunyi-bunyi bahasa itu dihasilkan sistem fonem, morfem, kata, frasa dan sebagainya yang  sememangnya guru-guru perlu kuasai dalam mendidik pelajar, khasnya guru bahasa Melayu.

2.0 BIDANG LINGUISTIK
Perkataan linguistik (linguistics dalam bahasa Inggeris) berasal dari bahasa Latin iaitu“lingua” yang bererti bahasa. Dalam bahasa Perancis pula, bahasa disebut sebagai“langage-langue” manakala Italia menyebutnya sebagai “lingua”. Di Sepanyol, bahasadikenali sebagai “lengua” dan “language” ialah dalam bahasa Inggeris. Akhiran “ics”dalam linguistics berfungsi untuk menunjukkan nama sebuah ilmu yang bermaksudilmu tentang bahasa, sebagaimana istilah economics , physics dan lain-lain.
           Menurut Abdullah Hassan (1984), linguistik ialah suatu sains yang mengkaji bahasa. Linguistik juga ialah pengkajian sains mengenai bahasa kerana linguistik memenuhi syarat yang diperlukan seperti pengkajian sains yang lain. Selain itu,linguistik dikatakan saintifik kerana kaedah yang digunakan empirikal berdasarkan sesuatu yang dapat dilihat, dirasa dan didengar.Dalam berbagai kamus umum, linguistik didefinisikan sebagai ‘ilmu bahasa’ atau‘kajian ilmiah mengenai bahasa’ (Matthews:1997). Dalam The New Oxford Dictionary of English(2003), linguistik didefinisikan sebagai berikut:“
The scientific study of language and its structure, including the study of grammar, syntax, and phonetics. Specific branches of linguistics include sociolinguistics, dialectology, psycholinguistics, computational linguistics,comparative linguistics, and structural linguistics
.”Oleh itu, bidang linguistik merupakan satu bidang yang sangat luas. Terdapat beberapa bidang yang merupakan cabang kepada bidang  linguistik seperti linguistikam, linguistik terapan, linguistik teoritis, linguistik komparatif dan linguistik kontestual.Setiap bidang ini mempunyai beberapa lagi pecahan subbidang.



.1 Linguistik Am dan Linguistik Gunaan
          Linguistik umum disebut juga dikenali sebagai linguistik am. Bidang ini mengkaji aspek-aspek teori Ilmu linguistik secara umum. Linguistik gunaan pula dikenali sebagai linguistik terapan. Linguistik gunaan timbul apabila bidang linguistik bergabung dengan ilmu pendidikan dan psikologi.Linguistik gunaan ini ialah satu cabang linguistik yang memanfaatkan teori,deskripsi, kaedah dan hasil kajian linguistik dalam mengajarkan bahasa dan menulis buku-buku teks. Deskripsi bahasa seperti sistem sebutan, ejaan, bentuk kata, ayat dan makna mula digunakan bagi mengajarkan bahasa kepada penutur bahasa asli dan juga bahasa asing.Bidang linguistik gunaan juga memperkenalkan kaedah pengajaran bahasa dan bahan-bahan untuk mengajar bahasa.
            Antara kaedah mengajarkan bahasa yang dicipta ialah kaedah terus . Kaedah ini mengajarkan bahasa dengan tidak menggunakan bahasa asli pelajarnya. Selain itu, aktiviti lain yang lazimnya juga dikaitkan dengan linguistik gunaan, ialah terjemahan dan perkamusan, Perkara yang dikendalikan dalam bidang ini ialah pembentukan konsep yang meliputi pendefinisian aspek dan kajian secara umum. Bukan itu sahaja, linguistik gunaan juga menentukan sifat umum yang ada pada semua bahasa secara universal, cara dan kaedah tertentu yang digunakan dalam penghuraian bahasa, iaitu secara deskriptif.Linguistik gunaan ialah bidang yang mengumpulkan beberapa disiplin ilmu bahasa yang berhubungan dengan pengajaran bahasa. Linguistik ini juga bertindak sebagai suatu disiplin ilmu bahasa yang merupakan suatu usaha untuk menggunakan bahasa secara saintifik dan moden yang disebut juga sebagai sains gunaan.






2.1.1 Fonetik dan fonologi
Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai  phone
yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaranmanusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasadan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diintepretasikan. Fonetik jugamenyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turutmelihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkanbunyi-bunyi bahasa tersebut.Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa UntukPelatih Maktab Perguruan menyatakan

menyatakan bahawa fonetik ialah kajiantentang fenomena bunyi atau pertuturan manusia sejagat. Selain itu, fonetik bolehdidefinisikan sebagai mempelajari segala bunyi yang diucapkan melalui mulut manusia,baik bunyi manusia, bukan bunyi bahasa, mahupun bunyi-bunyi marginal, dan memberikan simbol fonetik untuk setiap bunyi.

2.1.1 Fonetik dan fonologi
Asal perkataan fonetik adalah daripada bahasa Greek yang kemudiannya disebut sebagai  phone yang bermaksud bunyi (suara), iaitu kajian tentang bunyi-bunyi ujaranmanusia. Kajian fonetik memberikan tumpuan kepada ‘fon’ atau bunyi-bunyi bahasadan bagaimana bunyi-bunyi itu dihasilkan, didengar dan diintepretasikan. Fonetik jugamenyelidik bagaimana bunyi-bunyi bahasa direalisasikan atau dilafazkan dan turutmelihat bagaimana organ-organ pertuturan manusia bekerja untuk menghasilkanbunyi-bunyi bahasa tersebut.Menurut Raminah Haji Sabran (1984) dalam buku berjudul Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab Perguruan menyatakan





P/s; Kepada sesiapa yang berminat,khanya guru ppg ipg nak maklumat lengkap tentang
       kerja kursus ini boleh email saya:   ucopju@yahoo.com or hp 0139791552
       saya juga punyai pelbagai kerja kursus lain.Untuk ketahuan saya juga guru ppg di ipg sem 5.